Monday, 26 March 2012

.::Cintai Rasulullah Sebagaimana Baginda Mencintai Kita::.





 

Pada suatu hari, berlaku perbualan di antara Nabi saw. dengan Saidina Abu Bakar Siddiq serta para sahabat lain. "Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan saudara-saudaraku( ikhwanku )," berkata Nabi saw. "Wahai Rasulullah, bukankah kami ini teman-teman engkau?" jawab Abu Bakar. "Bukan," jawab Nabi saw. "Kamu adalah sahabat-sahabatku".

Para sahabat masih belum berpuas hati dan bertanya, "Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwan( saudara) engkau?". "Kamu semua adalah sahabat-sahabatku!" sekali lagi Nabi menjelaskan.

"Wahai Abu Bakar, tidakkah engkau juga merindui ikhwanku itu, kerana mereka juga mencintai engkau lantaran engkau adalah sahabatku?" 

.::Bidadari Dunia.Muslimah::.



 






"Apabila wanita itu telah melakukan Solat 5 waktu, PUASA pada bulannya, TAAT pada suaminya, menjaga kemaluannya, akan dikatakan kepadanya ; masuklah kamu ke dalam SYURGA daripada mana-mana pintu yang kamu sukai. " (Riwayat Ibn Majah) 

Sunday, 25 March 2012

.::Psikologi Al Quran::.

Sumber : http://www.wardinasafiyyah.com/penulisan/psikologi-a-cinta/5-psikologi-al-quran


 

Sangatlah POWER!

Ayat sebegini membuat hati saya sayu... membuat saya tertunduk layu... membuat saya bersemangat untuk bangkit kembali... Thank you Allah for the Quran! I Love you....Penawar bagi segala penyakit di dalam dada Yunus:27
Petikan dari Surah Ali 'Imran
" Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa" : 133
CEPAT... jangan DITANGGUH... CEPATLAH WAHAI SEMUA... LIKE NOW..YES... SEKARANG... OK, LEPAS BACA NOTA INI!

SIAPA DIA ORANG BERTAQWA ITU????
"(iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan":134
LETS BE THEM!!! Mari jadi antara mereka yang bertaqwa :-
1. Bagi lah rezeki yang ada pada kita kepada orang lain walaupun hakikatnya kita tak ada...atau cuma cukup-cukup saja...
Teringat kisah cucu Rasulullah, Hasan dan Husin serta Ali dan Fatimah yang masih bersedeqah walaupun berpuasa.
Mereka berpuasa nazar 3 hari - lalu datang orang miskin pada hari pertama - (Fatimah cuma ada sedikit sahaja gandum cukup untuk buat roti untuk ketiga hari tersebut) akhirnya mereka berbuka hanya minum air kosong kerana diberi makanan pada si miskin tersebut. Hari ke2 - datang anak yatim Muhajirin - mereka memberi juga hidangan yang sepatutnya disantap, berbuka lagi dengan air kosong. Hari Ke-3 - Datang tawanan Musyrik- mereka beri juga makanan yang tinggal sedikit itu... Pada hari ke3, barulah Ali membawa mereka berjumpa Rasulullah - cucu-cucu baginda longlai kerana 3 hari tidak makan...
ALLAH! Saya hampir menangis membaca kisah ini.. Kita makan penuh satu meja! Sungguh hebat mereka ini.... Sungguh hebat keluarga pemimpin agung ini.... tidak akan terjadi begini dewasa ini... Insaf betul saya...
2. Orang yang menahan MARAH!
Allah, saya cuba dan cuba Ya Allah..dan setelah dekat dengan Quran... memang ianya turut reda.... Apa itu menahan amarah? Iaitu bila kita rasa nak meletup...bila rasa nak marah sangat..at that point of time....WAKTU ITULAH kita tahan dan sabar..bukan lepas..tapi sebelum - ITULAH KEMENANGANNYA..Itulah orang yang bertaqwa... Dan tidak mungkin kita dapat kekuatan sekiranya kita tidak dekat dengan Quran... Quran itu melembutkan hati... Orang-Orang yang keras jiwanya dan hatinya, mampu dijinakkan dengan Quran tetapi kita harus benar-benar berserah dan menghadap Quran dengan penuh rendah hati dan kejujuran...
3. Maafkan lah orang yang menyakiti kita!
Ya Allah... :) It does wonders to yourself... I shall do this everyday... Lets do this everybody... :) Maaf kan saja mereka yang telah menyakiti kita... lagi senang dari mengangkat beban dengki dan benci di bahu! Ya, saya maafkan anda semua dan semua yang bencikan saya... yang mencaci dan mengeji saya... :) Maafkan segala kesalahan saya yang lalu juga ya?
4. BUAT BAIK! Allah Will Love You!
Allah CINTA...bukan setakat sayang atau suka, TAPI - CINTA!! Apa dia "buat baik"? Ya Allah, terlalu mudah... senyum pada orang, tanya rakan kita yang nampak sugul dan sedih masalahnya- dengarkan luahan hatinya, berikan sokongan padanya, angkatlah sampah yang merata di KL dan Malaysia ini, bantulah orang lain, wanita atau ibu mengandung misalnya, atau orang yang ramai anak, yang kadang-kadang ber bag-bag kena angkat...nak jaga anak lagi. Ya tolong orang lain angkat barang lepas ber'shopping' di Giant...(kadang-kadang tu banyaknya barang, tak ada orang nak tolong, bukak pintu pun tak mahu), tolonglah orang-orang yang perlukan pertolongan..its endless! Terlalu banyak contoh!
Oh I so want Allah to LOVE me! You don't love me its ok, NO Problem AT ALL...I don't really mind you see... I just want Allah to love me..I'll be safe... Selamat diri ini... Allah layakkanlah diriku untuk dicintaiMu!
"dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan dosa itu, sedang mereka mengetahui" :135
Allah tahu hambanya ini lemah - dhaif...kita akan melakukan kesilapan dan tergelincir... MasyaAllah...Allah is so kind... Ayat ini benar-benar membuatkan saya terduduk dan sedih, terlalu hiba rasanya...
Tatkala kita melakukan kesilapan dan dosa....(yang pasti semua kan lakukan) baik besar atau kecil. Kemudian, kita INGAT pada Allah! Kita berhenti! Kita minta maaf...kita minta ampun, kita MENYESAL...baik dalam hati sekalipun.... kerana Allah Maha Mengetahui segala isi hati.... Maka kita TINGGALKAN atau kita berjanji pada diri, mahu berubah.... Allah AKAN AMPUNKAN... dan balasannya ialah "syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya...":136

WHAT ELSE CAN YOU ASK FOR? NAK APA LAGI?
MasyaAllah, tell me your heart didn't skip a beat? Tak mungkin hati kita tak terusik sedikit pun apabila membaca dan cuba memahami Al-Quran....
Jangan takut dengan Quran....Ramai yang nak pegang pun takut. Macamlah payah sangat Quran ni...Quran BUKAN hanya untuk para Ustaz dan Ustazah. Quran ini untuk KITA SEMUA! Untuk saya dan anda. BUKALAH..it's NOT that hard to understand...mungkin ada ayat-ayat yang perlukan penjelasan yang lebih mendalam, ya memang benar...NAMUN hakikatnya The Quran speaks straight to you...right at you...
Quran ini BERCAKAP dengan kita...ianya mudah untuk difahami. Pasti ada ayat yang akan meninggalkan kesan pada hati kita yang sering tercari-cari ubat dan penawar. Kita pergi ke disko, pergi minum, pergi merokok..Ianya TIDAK membantu wahai rakanku. Sekejap mungkin 'masalah' kita hilang, kemudian hati kita yang kosong itu kembali mencari sesuatu, kita mengisinya dengan 'hiburan sementara' yang cuma menyakitkannya lagi, lalu esok hari dan hari-hari mendatang ianya timbul lagi dan lagi dan lagi..
Setiap kali kita buka Al-Quran (walau dah 1000 kali) ada saja ayat dan pelajaran baru yang kita dapati dari Mukjizat Agung ini. GUARANTEED!
YA! AL QURAN untuk DIBACA DAN DIHAYATI, untuk DIINGATI dan DIAPLIKASI...bukan hanya hiasan hantaran atau hiasan di dinding mahupun dibiarkan berhabuk di rak buku - takut benar kita mahu memegang Al-Quran.
Read the Quran anywhere...In the bus or plane, on a sailing ship or even a discovery trip! Under a shady tree or by the deep blue sea...Subhanallah! Read the Quran Anywhere...Bukan hanya atas sejadah selepas solat!
Thank you Allah for giving us The Quran...
Ameen.
Lets Read It. Lets UNDERSTAND it the best we can! Lets MEMORIZE it! Just DO IT!

Love,
Wardina Safiyyah

Sunday, 18 March 2012

.::Hijrah Adalah Pengorbanan::.

Sumber: Melayari facebook sahabat. Semoga mendapat manfaat bersama.


 

Setuju sangat! "Hidayah perlu dicari" BUKANnya ditunggu akan hadirnya.. 

Kisah benar yang terjadi pada seorang rakan facebook kita. Baru terjadi Februari 2012. Diceritakan sendiri kepada saya.

Ini ceritanya:

"Bulan lepas saya mengikuti kursus motivasi agama selama dua hari. Saya sebagaimana biasanya mengenakan tudung biasa yang ringkas, tapi masih lagi menutup aurat, masih tutup dada dengan baik. Pada hari terakhir kursus tersebut, habis sahaja sesi yang pertama, dalam keramaian hadirin tiba-tiba saya terpandang satu kelibat. Orangnya kecil molek dan bertudung labuh. 

Hati ini tiba-tiba rasa kuat tertarik dengan kelibat tersebut. Seakan-akan dari susuk tubuh tersebut menghasilkan aura yang sangat kuat. Cukup untuk menggamit hati saya untuk menyelidiki siapakah gerangan orang itu. Dalam kesibukan hadirin yang berhimpit-himpit, saya cuba menyelit untuk mendekati beliau. Akhirnya, saya nampak beliau tengah pakai kasut, lepas tu pergi macam tu sahaja. Rasa sedikit hampa kerana tidak berjaya untuk menghuraikan persoalan 'siapa' dengan lebih lanjut. 

Sesi kedua kursus bermula, saya langsung tak fikir lagi atau ingat tentang orang misteri tadi. Sedaya saya cuba fokus pada slot kursus. Slot motivasi yang disampaikan betul-betul terkesan di hati, lantas jiwa wanita ini tidak lagi mampu menahan takungan air mata dari terurai jatuh ke pipi. Cepat-cepat saya mengelap air mata dan mengalihkan pandangan ke sebelah kiri.

Saya tergamam. Allahuakbar!

Ada seseorang di sebelah kiri saya. Kelibat yang saya nampak tadi. Kelibat yang sama. Kecil bertudung labuh dan yang paling memeranjatkan saya adalah rupanya saling tak tumpah seperti saya. Seiras dan sama! Seratus percents! 

Bezanya, beliau memakai cermin mata dan wajahnya redup berseri-seri. Sehingga terpacul dari bibir saya "Subhanallah..sucinya wajah." Badan saya terus menggigil dan saya menangis tersedu-sedan dalam dewan tanpa mempedulikan mata-mata yang melihat. 

Dua minggu lepas tu, hati ini nekad. 

Saya berhijrah. Dari tudung biasa ke tudung labuh. Tambah pelik, rupa-rupanya dulu saya ada buat pemeriksaan mata di hospital tapi mungkin saya lupa dan minggu lepas doktor call inform saya ke sana untuk mengambil cermin mata yang telah siap. Sekarang, bila saya lihat ke cermin, sayalah gadis yang bercermin mata dan bertudung labuh tempoh hari. 

Saya bukanlah pelajar sekolah agama atau dari aliran agama. Tudung labuh yang menggantikan tudung biasa ini, bukan hanya sekadar tudung labuh. Tetapi lebih dari itu, ia adalah hidayah dari Allah SWT. Bukan sahaja menggantikan penutup kepala saya, tetapi juga hidayah Allah ini menghadirkan suatu perasaan baru dalam jiwa saya, yakni perasaan untuk lebih mencintai Allah. Hebatnya hidayah Allah ini. Allah.."

Sama-sama kita doakan sahabat kita ini terus istiqamah dalam penghijrahannya. Amin.


 

P/S: Semoga kisah benar ini menjadi iktibar kepada kita semua. Hidayah perlu diminta dari Allah setiap masa, hidayah perlu dicari. Hanya yang benar-benar menghendakinya akan memperolehi. Allah pasti berikan hidayah bagi mereka yang benar-benar dahagakan hidayahNya. Wallahua'alam.



----
"Subhanallah"

.::Dari Sujud Ke Sujud::.




bagaimana ku jelaskan cinta karena itu tak dapat dijabarkan
sesuatu yang indah terlahir dari rasa
dan rasa itu karunia Ilahi (dari sujud ke sujud)

bagaimana ku jelaskan cinta bila malu selalu melandaku
semua rasa itu malu rasa bahagia
takut dan cemburu pun karunia Ilahi

dari sujud ke sujud sejuta doa ku lantun untuk cinta
dalam hati anak-anak manusia hablumminannas
dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih

bagaimana ku jelaskan cinta karena itu tak dapat dijabarkan
sesuatu yang indah terlahir dari rasa
dan rasa itu karunia Ilahi

bagaimana ku jelaskan cinta bila malu selalu melandaku
semua rasa itu malu rasa bahagia
takut dan cemburu pun karunia Ilahi

dari sujud ke sujud sejuta doa ku lantun untuk cinta
dalam hati anak-anak manusia hablumminannas
dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih

dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih

Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah
dari sujud ke sujud


 
 



 

Saturday, 17 March 2012

.::Tujuh Petala Cinta::.





   Cinta dan kasih sayang manusia hanyalah setitis
jika dibandingkan
 dengan selautan cinta 
dan kasih sayang Allah. 
Sekiranya engkau kehilangan yang setitis itu, 
ia tidak akan menjejaskan kehidupanmu 
selagi yang selautan itu 
masih engkau miliki.

Sunday, 4 March 2012

.::Rahsianya Pada Dua Wanita Yang Hebat::.

 tangga


Rahsianya adalah kerana dia mempunyai dua orang wanita yang hebat!
"Lelaki yang berjaya itu dilihat daripada dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya" – Sayyidina Umar bin Khattab.
Siapakah si Dia yang bergelar  A ini ?
Siapakah si dia yang telah bersusah payah mengandung selama 9 bulan sambil membawa kandungannya ke sana dan ke sini tanpa mengeluh kepenatan atau kekesalan ?
Siapakah gerangannya yang tabah menahan sakit yang lama dan berpanjangan ketika melahirkan si buah hati yang ditunggu-tunggukannya selama ini ke alam dunia ?
Siapakan si dia yang sabar menyusukan bayi yang sebelumnya menangis kelaparan dengan penuh tekun sehingga hilanglah segala rasa lapar dan dahaga ?
Siapakah insan istimewa itu yang telah membesarkan anaknya semenjak kecil sehingga dewasa dengan penuh kasih sayang tanpa mengenal penat dan jemu ?
Siapakah susuk tubuh yang berkeringat mendidik anak-anaknya dengan pengetahuan dan skil kehidupan sehingga menjadi insan hebat yang bakal menggantikan visi perjuangan ke dua orang tuanya ?
Siapakah gerangan yang berusaha untuk mendapatkan rawatan ketika sakit dengan penuh kasih sayang serta harapan yang kuat agar si anak ini cepat sembuh bagi meneruskan kehidupan ?
Siapakah insan yang terus tabah mendepani karenah anak-anaknya yang pelbagai yang berterusan memberikan ujian dan dugaan penjaganya ?Siapakah si dia yang istimewa ini yang sanggup berkorban masa, wang ringgit, pemikiran dan berkeringat sehinggalah anak warisannya ini memperolehi kejayaan demi kejayaan ?
Siapakah insan yang turut mengambil-berat mengenai bakal pasangan anaknya ini agar masa depannya terus bahagia walaupun terpaksa berkongsikan kasih sayang bersama wanita baru ini ?
Siapakah si dia yang terus mencurah dan mengharapkan kasih sayang anaknya yang semakin dewasa miski pun si anak ini telah berumah-tangganya ?
Siapakah gerangannya yang terus mendoakan kebahagiaan dan kebaikan mereka walaupun anaknya mungkin telah mulai lupa terhadap sumbangan dan pengorbanannya selama ini ?Jawapannya ialah si 'ibu'nya.....

Siapakah si Dia yang bergelar  B ini ?
Siapakah insan istimewa ini yang telah mempertimbangkan lamarannya dengan penuh harapan bagi berkongsikan masa depan yang bahagia buat mereka bersama ?

Siapakah gerangannya si dia yang telah bersetuju bagi menerimanya sebagai teman hidup yang dirancang bersama untuk sepanjang hayat ?
Siapakah si dia yang tekun dan sabar memenuhi keperluan dan hajat suaminya yang merupakan ayah kepada anak-anaknya ?Siapakah insan ini yang sentiasa mempastikan bahawa suami yang ditaatinya ini memiliki kesihatan yang terbaik dan keceriaanya ditekuni ?
Siapakah insan tabah ini yang sentiasa mengambil berat dan memberikan sokongan terhadap perkembangan kerjaya suaminya sehingga kejayaan dicatat dan sejarah terbina cemerlang?
Siapakah gerangannya yang sabra dan tabah mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak suaminya seorang demi seorang dengan jayanya?
Siapakah dia insan istimewa ini yang berkorban untuk rumah tangga dan kejayaan suami dan anak-anaknya walaupun dia mungkin turut sibuk berkeringat menanggung bebanan ini?
Siapakah dia yang tabah menahan kesedihan kehilangan suaminya dan terus berkorban bersendirian membesarkan anak-anak peninggalan suaminya bagi mempastikan cita-cita dan hasrat arwah suaminya tercapai jua?
Jawapannya ialah si 'isteri'nya.....
Betullah kata Umar al-Khattab bahawa "Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya" .

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud, "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita solehah." (Hadis riwayat Muslim).
Hargailah jasa dan pengorbanan ibu dan berbuat-baiklah kepadanya walaupun dia telah pergi. Hargailah jasa dan pengorbanan isteri dan janganlah memandang kecil kepada sebarang sumbangannya.Didiklah adik-adik atau anak-anak perempuanmu dan juga isterimu dengan baik dan berkasih-sayang kerana merekalah yang akan menentukan masa depan dunia yang baru.
Layari www.bidadaridunia.com bagi menyertai Konvensyen Bidadari Dunia 2012. 
Ditulis oleh Dr Zainur Rashid Zainuddin. Beliau merupakan Pakar Perunding Kehormat Obstetrik & Ginekologi Hospital Tuanku Jaafar. Layari blog beliau di http://zainurrashid.com

 
Theme by Yusuf Fikri